Monday, 25 February 2013

Hati yang mati apa sebabnya ?

Assalamualaikum . Bismillahirrahmanirrahim .. Hari nih sy just nak share something yg sy dapat melalui pembacaan sy .

Ibrahim bin Adham pernah ditanya "Apa yg menyebabkan doa kami tidak diperkenankan ? Sedangkan Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa orang yg berdoa akan diperkenankanNya ? " Ibrahim bin Adham menjawab , " Sebab hati kamu telah mati ."

" Apa yg telah menyebabkan hati kami mati ? " tanya mereka lagi .

Ibrahim bin Adham menjawab , " Kerana lapan perkara ."

1. Kamu mengetahui hak Allah , tetapi kamu tidak melaksanakannya .
2. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya .
3. Kamu katakan cinta terhadap Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mengetahui sunnahnya .
4. Kamu katakan kamu takut mati tetapi tidak bersedia menuju ke kubur .
5. Allah mengatakan syaitan itu musuhmu , maka hendaklah kamu jadikan sebagai musuh . Tetapi kamu masih berbuat maksiat dengannya .
6. Kamu katakan kamu takut api neraka tetapi kamu campakkan diri ke dalamnya .
7. Kamu katakan kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk masuk ke dalamnya .
8. Kamu bangkit daripada tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedangkan aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu .

Nampak tak kat sini betapa banyaknya TETAPI . Lumrah manusia . Sepatutnya kita sebagai hamba Allah di muka bumi nih perlu melaksanakan segala perintahNya tanpa ada sebarang alasan . Hargai setiap peluang yg Allah dah bagi untuk kita . Jangan mensia-siakannya .

#Muhasabah diri . Sesungguhnya sy juga masih belajar dan berusaha untuk memperbaiki diri yg sering melakukan kesilapan .

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah ( dengan menjalankan perintahNya ) . Dan ( ingatlah ) , sesiapa yang melakukan demikian , maka mereka itulah orang-orang yang rugi . " 
( al-Munafiqun : 9 )

Sekian , Wassalamu'alaikum .

No comments:

Post a Comment