Thursday, 31 January 2013

Hari ini adalah milik anda

Assalamualaikum semua .. Hari ini adalah milik anda . :)
Itu merupakan kata2 yang sangat bermakna buat kita semua .. Jadikan hari ini sebagai hari yang bermakna buat anda . Tidak perlu dikenang mengenai hal yang telah terjadi semalam dan tidak perlu mengukir angan-angan yang belum tentu menjadi milik anda pada hari esok ..Namun , manfaatkan lha hari ini dengan sebaik2nya . Beramal lha dengan sepenuh hati anda seperti tiada lagi hari esok .. Mari lhaa kita bersama2 melakukan ibadat dengan besungguh-sungguh kerana kita tidak tahu sama ada masih adakah hari esok untuk kita ?
Sentiasa lha bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita . Jika semalam kita telah gagal dalam sesuatu perkara , maka tidak usah lha memikirkannya lagi . Justeru , kita hendaklah berusaha  untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam . Lupakan lha kegagalan yang telah kita alami sebelum ini . Kita tidak perlu terus hidup dalam kegagalan yang telah berlalu . Berusaha lha untuk peroleh kejayaan pada hari ini . Ingat , manfaatkan lha peluang yang telah diberi ini dengan sebaik2nya . Allah beri kita sedikit ujian pada hari ini untuk mengingatkan kita supaya mengingatiNya . Beruntung lha sesiapa yang telah diberikan ujian oleh Allah kepadanya . Hal ini jelas menunjukkan betapa Dia sangat mengambil berat tentang kita supaya kita sentiasa mengingatiNya . Dan Allah sangat mengasihi hamba2Nya yang sabar dengan segala ketentuanNya . Ingat tu .
Kita juga tidak perlu mengimpikan perkara yang indah2 untuk hari esok . Kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada kita masih mampu untuk bernafas di atas muka bumi ini atau tidak pada hari esok . Oleh itu , berusaha lha untuk menunaikan ibadat terhadapNya dengan sebaik mungkin . Ingat , saat kematian itu tidak dapat ditangguhkan walaupun  hanya untuk sesaat .Jadi marilah kita bersama2 berusaha untuk memanfaatkan hari ini dengan sebaik mungkin . Jangan bazirkan masa anda untuk perkara yang sia-sia wahai temanku ..
Jadikanlah hari ini milik anda .. :)
Wassalam .

2 comments: