Thursday, 31 January 2013

Hari ini adalah milik anda

Assalamualaikum semua .. Hari ini adalah milik anda . :)
Itu merupakan kata2 yang sangat bermakna buat kita semua .. Jadikan hari ini sebagai hari yang bermakna buat anda . Tidak perlu dikenang mengenai hal yang telah terjadi semalam dan tidak perlu mengukir angan-angan yang belum tentu menjadi milik anda pada hari esok ..Namun , manfaatkan lha hari ini dengan sebaik2nya . Beramal lha dengan sepenuh hati anda seperti tiada lagi hari esok .. Mari lhaa kita bersama2 melakukan ibadat dengan besungguh-sungguh kerana kita tidak tahu sama ada masih adakah hari esok untuk kita ?
Sentiasa lha bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita . Jika semalam kita telah gagal dalam sesuatu perkara , maka tidak usah lha memikirkannya lagi . Justeru , kita hendaklah berusaha  untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam . Lupakan lha kegagalan yang telah kita alami sebelum ini . Kita tidak perlu terus hidup dalam kegagalan yang telah berlalu . Berusaha lha untuk peroleh kejayaan pada hari ini . Ingat , manfaatkan lha peluang yang telah diberi ini dengan sebaik2nya . Allah beri kita sedikit ujian pada hari ini untuk mengingatkan kita supaya mengingatiNya . Beruntung lha sesiapa yang telah diberikan ujian oleh Allah kepadanya . Hal ini jelas menunjukkan betapa Dia sangat mengambil berat tentang kita supaya kita sentiasa mengingatiNya . Dan Allah sangat mengasihi hamba2Nya yang sabar dengan segala ketentuanNya . Ingat tu .
Kita juga tidak perlu mengimpikan perkara yang indah2 untuk hari esok . Kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada kita masih mampu untuk bernafas di atas muka bumi ini atau tidak pada hari esok . Oleh itu , berusaha lha untuk menunaikan ibadat terhadapNya dengan sebaik mungkin . Ingat , saat kematian itu tidak dapat ditangguhkan walaupun  hanya untuk sesaat .Jadi marilah kita bersama2 berusaha untuk memanfaatkan hari ini dengan sebaik mungkin . Jangan bazirkan masa anda untuk perkara yang sia-sia wahai temanku ..
Jadikanlah hari ini milik anda .. :)
Wassalam .

Thursday, 3 January 2013

Betulkan niat anda . :)

Assalamualaikum .. Hai semua , actually hari nihh tak berapa sure topik apa yang sesuai untuk diupdate .. Tapi nak sentuh lha sikit pasal tajuk yang kat atas tu .. Saya pasti setiap apa yang kita buat kat dunia nihh mesti didahulukan dengan niat kan . Yelah , kalau tak terniat kat hati kita nihh nak buad sesuatu kerja tuh mesti kita tak buat kan . Contoh macam sekarang nihh , kalau tak terniat kat hati saya nak update blog nihh sure takde entry pasal nihh .. :)
Okay lha kan , sebenarnye takde banyak benda sangat yang nak disentuh .. just nak pesan ja , pastikan setiap apa yang kita buat tu bermula dengan niat yang betul .. Contoh yang paling mudah , bila nak solat . Pastikan kita nak solat nihh dengan niat kerana Allah SWT .. Bukan sebab orang suruh ke apa , kalau tak sia-sia ja lha solat kita tuh .. lagipun tak rugi kan kalau kita betulkan niat kita nihh .Ikhlaskan hati kita bila kita nak laksanakan ibadah kepada Allah .. Bukan setakat solat juh , kalau buleh setiap perbuatan yang kita buad tuh kena lha kerana Allah SWT .. Sekurang2nya ia dapat bantu kita dari melakukan benda2 yang Allah tak suka right . In syaa Allah bila kita buat sesuatu tuh dengan niat yang baik , Allah akan permudahkan segala urusan kita .. So renung2kan dan selamat beramal . :)
Assalamualaikum .